CARSOME Academy Melancarkan Pusat Pemeriksaan M.V.15 Pertama di Malaysia yang Berteraskan Institusi Akademi di Sungai Buloh

CARSOME Academy Melancarkan Pusat Pemeriksaan M.V.15 Pertama di Malaysia yang Berteraskan Institusi Akademi di Sungai Buloh.

Sungai Buloh, 14 Sept 2026 – CARSOME Academy hari ini mengumumkan pelancaran Pusat Pemeriksaan M.V.15 pertama di Malaysia yang berteraskan institusi akademi di Sungai Buloh. Pelancaran ini menandakan satu langkah penting ke arah memperkukuh piawaian pemeriksaan kenderaan dan pembangunan bakat automotif di Malaysia. 

Pusat berkenaan telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia (MoT), Anthony Loke Siew Fook, sekali gus menegaskan kepentingan memperkukuh kualiti pemeriksaan dan melahirkan tenaga kerja automotif berkemahiran bagi menyokong landskap mobiliti Malaysia yang terus berkembang.

Ketibaan YB Anthony Loke di Majlis Pelancaran Pusat Pemeriksaan M.V.15 CARSOME Academy di Sungai Buloh.

Kemudahan baharu ini menggabungkan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan profesional dan latihan automotif di bawah satu bumbung. Diberikan kebenaran untuk menjalankan pemeriksaan pertukaran hak milik kenderaan, pusat ini mengintegrasikan operasi pemeriksaannya dengan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) CARSOME Academy, sekali gus membuka peluang untuk membangunkan tenaga kerja automotif yang berkemahiran serta bersedia untuk memenuhi keperluan industri.

Sebagai satu-satunya penyedia pemeriksaan M.V.15 yang disokong oleh institusi latihan automotif khas, pusat ini meletakkan kecekapan pemeriksa sebagai teras operasinya. Semua pemeriksaan dijalankan berlandaskan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan, dengan pemeriksa yang diiktiraf di bawah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam Pemeriksaan Kenderaan Bermotor. Pengiktirafan ini membekalkan pemeriksa dengan kemahiran teknikal dan keupayaan praktikal yang melebihi keperluan lesen minimum.

Ucapan oleh Jiun Ee Teoh, Ketua Pegawai Eksekutif CARSOME Academy dan Pengasas Bersama Kumpulan CARSOME.

Pelancaran ini berasaskan pengalaman luas CARSOME dalam pemeriksaan kenderaan dan proses pertukaran hak milik. Selama lebih sedekad, syarikat ini secara konsisten mencapai kadar kelulusan kali pertama sebanyak 99% bagi kenderaan yang menjalani pemeriksaan mengikut syarat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Rekod prestasi ini mencerminkan kecemerlangan proses pemeriksaan, kepakaran teknikal dan piawaian CARSOME yang kKetibaan YB Anthony Loke di Majlis Pelancaran Pusat Pemeriksaan M.V.15 CARSOME Academy di Sungai Buloh.ini menjadi asas kepada Pusat Pemeriksaan M.V.15 Sungai Buloh. 

Berlandaskan pengalaman tersebut, pusat di Sungai Buloh ini telah ditubuhkan sebagai kemudahan pemeriksaan berkapasiti tinggi bagi memenuhi keperluan pengedar dan pengguna akhir di seluruh Lembah Klang, sekali gus membantu menangani isu kesesakan dan keterhadan slot pemeriksaan di kawasan berkenaan. Dengan keupayaan mengendalikan sehingga 90 pemeriksaan setiap hari dan sekitar 2,300 pemeriksaan setiap bulan, pusat ini direka untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat sambil menawarkan pengalaman pemeriksaan yang telus dan cekap. 

Rekod serta keputusan pemeriksaan disalurkan secara langsung melalui sistem yang diintegrasikan dengan JPJ, sekali gus meningkatkan keyakinan pelanggan dan memastikan setiap pemeriksaan dijalankan mengikut piawaian kerajaan yang ditetapkan. Pelanggan juga boleh membuat janji temu secara digital dan mendapat sokongan khidmat pelanggan khusus sepanjang proses tersebut dijalankan.

“Kepercayaan terhadap pemeriksaan kenderaan dibina atas kecekapan dan ketelusan. Pelancaran pusat ini mencerminkan komitmen kami untuk melahirkan pemeriksa berkemahiran, mengekalkan tahap pemeriksaan yang tinggi dan meningkatkan keyakinan terhadap proses pertukaran hak milik kenderaan. Pada masa yang sama, ia memberikan peluang kepada golongan profesional automotif masa hadapan untuk menimba pengalaman praktikal industri melalui CARSOME Academy,” kata Teoh Jiun Ee, Ketua Pegawai Eksekutif CARSOME Academy dan Pengasas Bersama Kumpulan CARSOME.

Lawatan fasiliti yang diketuai oleh Frankie Ong, Ketua Pemeriksaan & Pematuhan Teknikal.

Pembukaan pusat pemeriksaan M.V.15 ini merupakan satu perkembangan positif susulan liberalisasi perkhidmatan pemeriksaan kenderaan, yang memberikan pemilik kenderaan lebih banyak pilihan serta akses yang lebih luas kepada kemudahan pemeriksaan. Dengan pengendali yang bekerlayakan menyumbang kapasiti tambahan kepada pasaran, persaingan seharusnya didorong oleh kualiti, ketelusan dan kecekapan perkhidmatan yang diberikan. Pada masa yang sama, semua pengendali mesti mengekalkan piawaian dan melaksanakan tanggungjawab yang berkaitan dengan operasi pemeriksaan M.V.15 berlesen,” kata YB Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia. 

Sidang Media (Kiri ke Kanan): YBhg. Datuk Jazmanie Bin Shafawi, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi), JPJ, YBhg. Dato’ Aedy Fadly Bin Ramli, Ketua Pengarah JPJ, YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia, Jiun Ee Teoh, Ketua Pegawai Eksekutif CARSOME Academy dan Pengasas Bersama Kumpulan CARSOME.

Selain perkhidmatan pemeriksaan, pusat ini mencerminkan komitmen CARSOME Academy untuk memperkukuh tenaga kerja automotif di Malaysia. Dengan menggabungkan operasi pemeriksaan dalam persekitaran sebenar industri bersama latihan terstruktur, kemudahan ini bakal melengkapkan pemeriksa dan profesional automotif dengan kemahiran praktikal serta amalan profesional yang diperlukan oleh industri.

Terletak di CARSOME Dealer Hub di Sungai Buloh, Pusat Pemeriksaan M.V.15 ini beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk maklumat lanjut atau membuat janji temu, sila layari halaman Pemeriksaan M.V.15 CARSOME.

Next
Next

CARSOME Academy Launches Malaysia’s First Academy-Backed M.V.15 Inspection Centre in Sungai Buloh