Siaran Akhbar: CARSOME Perkukuh Ekosistem Automotif dengan Kerjasama BATERIKU untuk Tingkatkan Pengalaman Pelanggan dan Sokongan Selepas Jualan

(Dari Kiri) Eric Chan, Presiden Kumpulan & Ketua Pegawai Operasi CARSOME dan Azarol Faizi, Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku

  • Perkhidmatan penggantian bateri atas permintaan BATERIKU kini tersedia untuk pelanggan CARSOME, bagi menambah kemudahan dalam pengalaman pemilikan kereta.

Kuala Lumpur, 11 Julai 25 —  CARSOME, platform e-dagang automotif terbesar di Asia Tenggara, hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan BATERIKU, penyedia perkhidmatan penggantian bateri atas permintaan terkemuka di Malaysia. Kerjasama ini menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha memperkukuh ekosistem CARSOME dengan menawarkan kemudahan tambahan kepada pelanggan melalui perkhidmatan bateri yang diintegrasikan merentasi pelbagai saluran.

Menerusi kerjasama ini, pelanggan CARSOME kini boleh menempah perkhidmatan penggantian bateri BATERIKU secara langsung melalui aplikasi dan laman web CARSOME, memudahkan pelanggan mendapatkan sokongan yang dipercayai pada bila - bila masa. Pelanggan CARSOME juga berpeluang menikmati diskaun sebanyak RM50 untuk penggantian bateri di lokasi mereka dengan menggunakan kod promosi CARSOME50 (tertakluk kepada terma dan syarat).


CARSOME dan BATERIKU juga bekerjasama untuk memanfaatkan lebih 220 outlet Pitstop Bateriku sebagai pusat akses untuk pelanggan CARSOME. Melalui kerjasama ini, pelanggan boleh mendapatkan penilaian nilai kereta berasaskan AI, menempah pemeriksaan, menjual kereta mereka, serta membeli kenderaan baharu daripada CARSOME. Kehadiran ini memperkukuhkan lagi rangkaian CARSOME di seluruh negara dan membolehkan pelanggan berinteraksi dengan jenama ini di komuniti mereka.

Selain itu, bateri ASTRA milik Bateriku akan digunakan dalam proses pembaikan kenderaan di CARSOME Certified Lab, bagi memastikan piawaian kualiti yang tinggi sebelum kenderaan dihantar kepada pelanggan.

(Duduk, kiri), Eric Chan, Presiden Kumpulan CARSOME; (duduk, kanan), Azarol Faizi, Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku; semasa majlis tandatangan di Ibu Pejabat CARSOME.

“Di CARSOME, kami komited untuk menjadikan pemilikan kereta lebih telus, mudah dan boleh dipercayai. Kerjasama dengan BATERIKU membolehkan kami melanjutkan komitmen ini dengan mengintegrasikan perkhidmatan penggantian bateri yang dipercayai ke dalam ekosistem kami, sekali gus memperkukuh jaminan kualiti yang sinonim dengan CARSOME. Dari Pemeriksaan 175-Titik sehinggalah proses baik pulih di CARSOME Certified Lab, setiap langkah direka untuk memberikan keyakinan dan ketenangan kepada pelanggan,” kata Eric Chan, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan CARSOME.

“Kepakaran, kehadiran di peringkat nasional, dan reputasi Bateriku dalam menekankan kualiti menjadikan mereka rakan kongsi yang ideal ketika kami terus berinovasi dan mengembangkan ekosistem serta skop perkhidmatan kami,” tambah Chan. “Dengan kerjasama ini, kami memastikan setiap pelanggan CARSOME dapat memandu dengan yakin, kerana bantuan sentiasa berada dalam jangkauan.”

BATERIKU, yang telah menjual lebih 500,000 unit bateri ASTRA dengan kadar tuntutan waranti kurang daripada 0.5%, membawa kepakaran operasi yang luas dan keandalan yang tinggi kepada kerjasama ini. Dengan lebih 220 outlet Pitstop di seluruh negara dan lebih 1,500 juruteknik mudah alih terlatih (BHero), BATERIKU turut mengukuhkan misi CARSOME untuk menyediakan perkhidmatan automotif yang lancar dan berfokuskan pelanggan.

ASTRA bukan sekadar bateri—ia adalah satu janji. Janji terhadap kualiti, sokongan selepas jualan yang tiada tandingan, dan ketenangan fikiran untuk pemilik kereta ketika berada di jalan raya,” kata Azarol Faizi, Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com. “Komitmen kami melangkaui sekadar menghidupkan kenderaan; kami membina kepercayaan. Setiap bateri ASTRA disokong dengan pensijilan SIRIM serta jaminan waranti daripada rangkaian BATERIKU di seluruh negara. Kerjasama kami dengan CARSOME mencerminkan komitmen bersama untuk memajukan mobiliti automotif di Malaysia dan rantau ini dengan memberikan produk dan perkhidmatan berkualiti tanpa kompromi.”

“Kerjasama kami dengan CARSOME mencerminkan komitmen bersama terhadap kualiti dan inovasi,” kata Azarol Faizi, Ketua Pegawai Eksekutif BATERIKU. “Kami berbangga menyokong visi CARSOME dengan menyediakan penyelesaian yang meningkatkan pengalaman pemilikan kenderaan serta menyumbang kepada ekosistem automotif yang lebih kukuh dan mampan di Malaysia.”

Kerjasama ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam strategi CARSOME untuk membina ekosistem automotif yang terintegrasi, yang bukan sahaja mempermudah proses jual beli kereta tetapi juga meningkatkan sokongan jangka panjang bagi pemilikan kenderaan. Dengan menggabungkan keupayaan digital CARSOME dan kekuatan servis dan operasi BATERIKU, kedua-dua syarikat ini bersedia untuk mentakrifkan semula pengalaman pemilikan automotif di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan CARSOME, layari www.CARSOME.my. Untuk maklumat tentang penawaran Bateriku.com, layari www.bateriku.com.

Next
Next

Press Release: CARSOME Expands After-Sales Services Through Partnership with BATERIKU