CARSOME Academy Raikan Ulang Tahun Ke-5 dengan Lebih RM2 Juta Sokongan untuk Membangunkan Bakat Automotif Malaysia

  • Kerajaan Negeri Selangor akan terus menyokong CARSOME Academy dengan lebih RM350,000 dalam bentuk biasiswa untuk pelajar Asnaf dan B40. 

  • Kerjasama dengan Maybank Islamic Berhad dan JETOUR Automobile Malaysia menghubungkan latihan automotif dengan pengalaman industri serta peluang pekerjaan. 

  • Akademi ini melancarkan dua program TVET baharu, yang pertama seumpamanya diterajui industri di Malaysia, menggabungkan kepakaran jualan automotif dengan pensijilan SKM yang diiktiraf di peringkat kebangsaan.

Tetamu kehormat dan rakan-rakan industri menyertai CARSOME Academy dalam menyambut ulang tahunnya yang ke-5 dan meraikan pencapaian para graduannya. Dari Kiri ke Kanan: Puan Siti Kamariah Ahmad Sukri, Pengarah Urusan Yayasan Hasanah; Mohamad Yasin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Berhad; Nicholas Ng, Naib Presiden Jetour Malaysia; Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor; Teoh Jiun Ee, Pengasas Bersama CARSOME & Ketua Pegawai Eksekutif CARSOME Academy; Eric Cheng, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME; Ts. Dr. Wan Nasarudin Bin Wan Jalal, Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Tengah.

Kuala Lumpur, 24 September 2026 – CARSOME Academy meraikan ulang tahun kelimanya dengan lebih RM2 juta sokongan dalam bentuk bantuan kewangan, biasiswa dan dana pembangunan, di samping memperkenalkan kerjasama serta program baharu yang bertujuan mempersiapkan rakyat Malaysia untuk membina kerjaya dalam industri automotif.

Pencapaian ini menghimpunkan sokongan daripada Kerajaan Negeri Selangor, Maybank Islamic Berhad dan rakan industri JETOUR Automobile Malaysia, sekali gus memperluaskan peluang kepada rakyat Malaysia untuk memperoleh kemahiran yang relevan dengan industri, pengalaman praktikal dan akses kepada kerjaya dalam sektor automotif.

Program Accelerate with TVET bernilai RM1.65 juta, yang diterajui oleh Maybank Islamic Berhad dengan sumbangan padanan daripada Bank Negara Malaysia, CARSOME Academy, dan Etiqa General Takaful, akan menyokong akses yang lebih meluas kepada pendidikan TVET yang relevan dengan industri untuk bakal bakat automotif.

Lebih RM2 Juta untuk Mempercepatkan TVET dan Peluang Pembangunan Bakat

Program Accelerate with TVET bernilai RM1.65 juta, yang diterajui oleh Maybank Islamic Berhad dengan sumbangan padanan daripada Bank Negara Malaysia, CARSOME Academy dan Etiqa General Takaful, yang menyediakan akses yang lebih luas kepada pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) yang selaras dengan keperluan industri. 

“TVET merupakan laluan yang berkesan untuk melengkapkan rakyat Malaysia dengan kemahiran praktikal dan pelung yang diperlukan bagi menghadapi masa depan. Bagi kami, matlamat Humanising Financial Services Maybank adalah untuk mewujudkan peluang yang membawa perubahan bermakna kepada individu dan komuniti. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan CARSOME Academy untuk memperluaskan akses kepada latihan yang relevan dengan industri serta mengukuhkan laluan daripada pendidikan kepada pekerjaan. Dengan melabur dalam pembangunan kemahiran dan bakat, kita dapat membantu membina tenaga kerja yang lebih inklusif, berkeupayaan dan bersedia untuk masa hadapan, sambil menyumbang kepada impak positif dan berkekalan kepada masyarakat Malaysia, kata Mohamad Yasin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Berhad. 

Inisiatif ini turut disokong oleh lebih RM350,000 dalam bentuk biasiswa daripada Kerajaan Negeri Selangor menerusi IKTISASS dan Yayasan MBI, yang memanfaatkan pelajar Asnaf dan B40 dari Selangor.

Berucap pada sambutan ulang tahun kelima Akademi, Yang Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan Bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, berkata Kerajaan Negeri Selangor akan terus menyokong CARSOME Academy sebagai syarikat tempatan yang menyumbang kepada pembangunan bakat automotif dan ekonomi negeri.

Y.B. Tuan Mohd Najwan bin Halimi, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, menyampaikan ucapan beliau di majlis sambutan ulang tahun ke-5 dan majlis graduasi CARSOME Academy.

Selangor akan terus berdiri teguh bersama CARSOME Academy. Sebagai sebuah syarikat yang lahir di Selangor, beribu pejabat di Petaling Jaya dan komited melatih golongan muda dalam sektor automotif, CARSOME Academy merupakan rakan penting dalam membangunkan bakat yang menyumbang kepada ekonomi negeri. Kerajaan Negeri Selangor berharap dapat memperluaskan lagi kerjasama ini pada masa hadapan,” katanya.

CARSOME Group turut menyumbang tambahan RM150,000 untuk biasiswa, manakala komitmen pembiayaan dan pembangunan lain menjadikan jumlah keseluruhan sokongan kepada Akademi melebihi RM2 juta.

CARSOME Academy dan JETOUR Automobile Malaysia merasmikan perkongsian mereka melalui sebuah MoU untuk menghubungkan latihan TVET automotif dengan pendedahan industri dan peluang pekerjaan. Dari Kiri ke Kanan: Eric Cheng, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME; Teoh Jiun Ee, Pengasas Bersama CARSOME & Ketua Pegawai Eksekutif CARSOME Academy; Nicholas Ng, Naib Presiden Jetour Malaysia; Mohd Azhar, Pengarah Jualan Jetour Malaysia.

Kerjasama dengan JETOUR Memperluaskan Laluan Industri

Melengkapkan inisiatif TVET ini, CARSOME Academy telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) strategik dengan JETOUR Automobile Malaysia bagi mewujudkan peluang penempatan kerja dan pengalaman pekerjaan praktikal untuk para pelajar serta graduannya dalam pelbagai bidang industri, termasuk pemeriksaan kenderaan, jualan dan perkhidmatan selepas jualan.

Melalui kerjasama ini, CARSOME Academy dan JETOUR akan bekerjasama dalam membangunkan program latihan yang memberi pengalaman industri secara langsung kepada peserta, sambil membantu mereka memperkukuh kemahiran teknikal dalam persekitaran automotif sebenar.

“Pendedahan kepada industri amat penting dalam mempersiapkan generasi baharu bakat automotif. Ketika industri automotif terus berkembang, kerjasama yang lebih erat antara industri dan institusi TVET memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang antara pendidikan dan keperluan industri, sambil menyediakan peluang bermakna kepada pelajar untuk memperoleh pengalaman dunia sebenar serta pemahaman yang lebih mendalam tentang industri automotif,” kata Nicholas Ng, Naib Presiden JETOUR Malaysia.

Teoh Jiun Ee, Ketua Pegawai Eksekutif CARSOME Academy dan Pengasas Bersama CARSOME Group, di majlis sambutan ulang tahun ke-5 dan majlis graduasi pertama CARSOME Academy.

Lima Tahun Impak dan Hala Tuju Masa Hadapan 

Sejak tahun 2021, seramai 593 pelajar telah mendaftar di CARSOME Academy, dengan 90% daripadanya berjaya memperoleh pekerjaan dalam tempoh tiga bulan selepas taman latihan. Akademi ini juga telah melatih lebih 8,000 pekerja, membangunkan lebih 500 pemimpin dan menyokong 280 penerima biasiswa. 

Berdasarkan pencapaian tersebut, akademi kini memperluaskan peranannya dalam ekosistem automotif melalui lima teras utama yang merangkumi pemeriksaan kenderaan, TVET, latihan korporat, padanan bakat dan pekerjaan serta kerjasama industri.

Ini termasuk pelancaran dua program TVET jualan automotif baharu iaitu Certified Sales Professional dan Certified Sales Excellence, yang merupakan program TVET diterajui industri pertama seumpamanya di Malaysia. Kedua-dua program ini menggabungkan kemahiran praktikal dalam jualan automotif dengan pensijilan SKM yang diiktiraf di peringkat kebangsaan.

“Selepas lima tahun, impak CARSOME Academy jelas dapat dilihat, daripada membangunkan keupayaan teknikal sehinggalah mewujudkan peluang pekerjaan yang nyata. Dengan 593 pelajar yang telah dilatih dan 90% daripadanya berjaya memperoleh pekerjaan dalam tempoh tiga bulan, kami telah melihat sendiri bagaimana latihan yang diterajui industri mampu diterjemahkan kepada kerjaya yang bermakna,” kata Teoh Jiun Ee, Ketua Pegawai Eksekutif CARSOME Academy dan Pengasas Bersama CARSOME Group.

“Kini, kami melangkah lebih jauh. Dengan memperluaskan fokus kepada bidang jualan automotif dan bekerjasama dengan rakan seperti Maybank Islamic dan JETOUR, kami menghubungkan lebih ramai individu dengan kemahiran, pengalaman dan peluang yang mereka perlukan untuk berjaya. Menjelang lima tahun akan datang, aspirasi kami adalah untuk terus membina tenaga kerja automotif yang lebih kukuh dan bersedia untuk masa hadapan,” tambah beliau.

Program-program baharu ini menandakan pengembangan berterusan Akademi melangkaui latihan teknikal, sekali gus membuka lebih banyak peluang yang diiktiraf dalam bidang jualan automotif sambil membantu majikan mendapatkan bakat yang bersedia untuk bekerja. Memasuki fasa lima tahun yang seterusnya, CARSOME Academy akan terus memperkukuh inisiatif latihan dan pekerjaan dalam ekosistem automotif, dengan menghubungkan insan, kemahiran dan peluang bagi memenuhi keperluan bakat industri yang sentiasa berkembang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web CARSOME Academy. 

Next
Next

CARSOME Academy Marks 5 Years with more than RM2 Million in Support to Build Malaysia’s Automotive Talent