CARSOME ACADEMY DIIKTIRAF SEBAGAI PUSAT KECERMERLANGAN TVET AUTOMOTIF DI MALAYSIA EDUCATION & TVET AWARDS 2025

(Dari kiri) Dato’ R. Rajendran, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Education & TVET Awards; YB Datuk Ts. Mustapha Bin Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia; Teoh Jiun Ee, Pengasas Bersama CARSOME dan Ketua Pegawai Eksekutif CARSOME Academy; serta Lee Seng Chee, Pengarang Urusan penerbitan Education + TVET Asia, semasa Majlis Anugerah Pendidikan & TVET Malaysia 2025 di Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur, 28 Ogos 2025 – CARSOME Academy, cabang pendidikan Kumpulan CARSOME, telah mendapat pengiktirafan berprestij TVET Centre of Excellence Award (Automotive Technical Education) di Malaysia Education & TVET Awards 2025. Pencapaian ini menandakan satu lagi mercu tanda penting dalam usaha CARSOME Academy memperkukuh pendidikan dan latihan kemahiran dalam sektor automotif.

Anugerah ini dianjurkan oleh Education + TVET Asia, penerbitan yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri, bagi menghargai institusi pendidikan dan TVET yang menunjukkan kecemerlangan serta menyokong agenda nasional TVET Malaysia ke arah melahirkan tenaga kerja mahir sejajar dengan aspirasi Ekonomi Madani.

Sebagai institusi TVET yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan penyedia latihan bertauliah oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad, CARSOME Academy menawarkan program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang teknologi automotif dengan pendekatan 30% teori dan 70% latihan praktikal. Melalui latihan di lebih 100 lokasi rakan industri, pelajar didedahkan dengan pengalaman praktikal yang mencerminkan situasi sebenar dalam industri automotif. Selain pendedahan industri, pelajar juga menerima tiga sijil yang diiktiraf industri: Sijil Kemahiran CARSOME, Sijil Kemahiran Insaniah CARSOME Academy dan Sijil Kemahiran Malaysia, yang akan memperkukuhkan peluang kerjaya mereka.

“Anugerah ini adalah pengiktirafan terhadap dedikasi tenaga pengajar dan pelajar kami, selain menyokong misi kami untuk memperkasa anak muda Malaysia melalui TVET,” kata Teoh Jiun Ee, Pengasas Bersama Kumpulan CARSOME merangkap Ketua Pegawai Eksekutif CARSOME Academy. “Ramai graduan kami datang daripada komuniti B40, dan kejayaan mereka membina keyakinan serta kerjaya dalam industri automotif merupakan pencapaian terbesar kami. Pada masa yang sama, pengiktirafan ini membuktikan komitmen kami dalam menyokong aspirasi Malaysia untuk membangunkan tenaga kerja mahir yang akan memacu masa depan industri automotif.”

CARSOME Academy telah menerima Anugerah Pusat Kecemerlangan TVET (Pendidikan Teknikal Automotif) di Majlis Anugerah Pendidikan & TVET Malaysia 2025, yang berlangsung di Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

Selain latihan teknikal, CARSOME Academy turut menekankan pembangunan menyeluruh dengan melengkapkan pelajar melalui kursus kemahiran insaniah. Akademi ini juga menawarkan latihan berkaitan kenderaan elektrik (EV), program komuniti Car Care 101 yang bertujuan untuk memperkasakan wanita, pelajar universiti dan pekerja gig, serta kursus keselamatan jalan raya.

Bagi menyokong usaha ini, CARSOME Academy turut menyediakan biasiswa dan bantuan kewangan dengan kerjasama bersama Yayasan Hasanah, Yayasan Menteri Besar Selangor dan Yayasan Raja Muda Selangor bagi memastikan lebih ramai pelajar daripada komuniti B40 mendapat manfaat pendidikan.

Sejak penubuhannya pada tahun 2021, CARSOME Academy telah melatih lebih daripada 8,000 pelajar dan melahirkan graduan yang diiktiraf industri. Dengan kadar penempatan kerja mencecah 95% dalam tempoh tiga bulan selepas tamat pengajian dan lebih 92% daripada jumlah ini datang daripada golongan B40, pencapaian ini membuktikan bagaimana pendidikan TVET mampu membuka peluang kerjaya serta mengubah kehidupan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi CARSOME Academy.



Previous
Previous

CARSOME ACADEMY RECOGNISED FOR EMPOWERING YOUTHS THROUGH AUTOMOTIVE TVET EDUCATION

Next
Next

CARSOME Delivers Profitable Q2, Posts Over USD 5 Million in EBITDA