CARSOME Menyokong Langkah Perdana Menteri Mengenai Subsidi Minyak dan Pengekalan Kadar Tol untuk Aksesibiliti yang Lebih Mampu Milik
Oleh Aaron Kee, Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan CARSOME
Kami menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai pelaksanaan subsidi bersasar bagi RON95 serta pengekalan kadar tol sedia ada di lebuh raya utama. Ini merupakan langkah yang bijak dan seimbang kerana ianya bukan sahaja melindungi golongan penting seperti penunggang motosikal, pekerja gig dan pemandu belia, malah turut memperkukuh usaha ke arah kestabilan fiskal negara dalam jangka masa panjang. Yang paling penting, ia juga memastikan mobiliti kekal mampu milik dan mudah diakses oleh rakyat.
Dari sudut industri, penetapan harga bahan api yang lebih sejajar dengan pasaran membantu meningkatkan ketelusan terhadap kos pemilikan kenderaan. Ini akan memudahkan pengguna untuk membuat keputusan yang lebih bijak ketika membeli atau memiliki kenderaan. Apabila digabungkan dengan pengekalan kadar tol sedia ada, dasar ini menawarkan lebih banyak kepastian kepada pengguna jalan raya dan menyokong perancangan mobiliti yang lebih teratur, terutama pada waktu di mana aspek kemampuan dan kecekapan menjadi keutamaan.