CARSOME Memperingati Kemerdekaan dengan Kempen 'My Car My Freedom'

Menghormati 67 Tahun Kemerdekaan dengan Meraikan Kebebasan Individu dan Mobiliti Sosial

15 August 2024 –  Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-67, CARSOME, unicorn teknologi pertama negara dan platform e-dagang kereta terbesar di Asia Tenggara, mengumumkan pelancaran kempen 'My Car My Freedom'. Kempen ini, yang akan berlangsung dari 15 Ogos hingga 30 September 2024 di seluruh negara, adalah penghormatan tulus kepada semangat kemerdekaan rakyat Malaysia. Ia adalah sebahagian daripada usaha CARSOME untuk menonjolkan bagaimana pemilikan kereta dapat menjadi lambang kebebasan diri dan mobiliti sosial.

Memiliki sebuah kereta bukan sahaja memudahkan urusan seharian, tetapi juga membuka pelbagai peluang yang lebih luas. Ia membolehkan rakyat mengatasi halangan geografi dan ekonomi, seterusnya meningkatkan peluang pekerjaan, mempercepat pertumbuhan ekonomi, dan mengurangkan jurang ketidakseimbangan wilayah. Pemilikan kereta juga dapat dikaitkan dengan pemberdayaan individu, memberikan mereka ketekalan  dalam membuat keputusan hidup yang lebih baik. .

Lebih daripada  itu, pemilikan kereta yang meluas membantu mengukuhkan perpaduan komuniti dan pembangunan negara. Ia dapat merangsangkan pertukaran budaya serta perpaduan nasional dengan memudahkan perjalanan ke  setiap pelusuk negara. Pada masa kini memiliki kereta pertama bukanlah sekadar pencapaian peribadi; ia juga mencerminkan penglibatan  aktif dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara.

Oleh itu, CARSOME kekal komited untuk memastikan setiap rakyat Malaysia dapat menikmati pengalaman memiliki kereta dengan cara yang bukan sahaja mudah dan selamat, tetapi dipercayai dengan kualiti yang memuaskan. Melalui perkhidmatan yang dipercayai dan profesional, CARSOME ingin memastikan bahawa rakyat Malaysia dapat mencapai kebebasan melalui pemilikan kereta. Kempen ini menggariskan dedikasi CARSOME dalam memperkasakan setiap individu dalam meningkatkan kebolehcapaian mereka.. 

Sebagai sebahagian daripada usaha tersebut dan bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-67, CARSOME akan memilih 67 pelanggan untuk menerima jaminan lima tahun untuk kereta, yang pertama seumpamanya bagi kategori kereta terpakai di seluruh negara. Kempen istimewa ini direka untuk memberikan ketenangan fikiran kepada bakal pemilik kereta, menghilangkan kembimbangan tentangi penyelenggaraan dan jaminan alat ganti, dan seterusnya mendorong lebih ramai rakyat Malaysia untuk memulakan perjalanan pemilikan kereta mereka dengan penuh keyakinan. 

Kami di CARSOME percaya bahawa pemilikan kereta berupaya untuk mengubah kehidupan, dan  komited untuk terus bersama rakyat Malaysia dalam perjalanan ini. Melalui jaminan lima tahun ini, CARSOME ingin memberi lebih daripada sekadar sebuah kenderaan – kami ingin memberi keyakinan dan ketenangan bahawa pembelian anda dilindungi untuk masa hadapan.

Sertai kami dari 15 Ogos hingga 30 September untuk bersama-sama meraikan kemerdekaan Malaysia dan meneroka kebebasan yang datang dengan memiliki kereta  anda. Bersama-sama, kita memacu ke arah masa depan yang lebih bermakna dan penuh mobiliti.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi CARSOME.

Previous
Previous

Diesel Car Registrations Hold Steady Amid Subsidy Rationalisation

Next
Next

CARSOME Commemorates Merdeka with 'My Car My Freedom' Campaign