Siaran Akhbar: CARSOME dan JACCS Jalin Kerjasama Strategik bagi Memudahkan Akses kepada Pembiayaan Kenderaan di Malaysia

(Dari kiri) Yang Berhormat Shikata Noriyuki, Duta Jepun ke Malaysia, Encik Ryo Murakami, Presiden, COO dan Pengarah Wakil JACCS, Encik Eric Cheng, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME, dan YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Petaling Jaya, 10 April 2025 – CARSOME, platform e-dagang automotif terbesar di Asia Tenggara, dan JACCS, syarikat kewangan pengguna terkemuka dari Jepun yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Kewangan Mitsubishi UFJ (MUFG), hari ini menandatangani perjanjian kerjasama strategik dalam satu majlis rasmi yang diadakan di CARSOME PJ Automall.

Perjanjian ini dimeterai sebagai kesinambungan kepada pengumuman yang dibuat pada Februari 2025, dan merupakan satu langkah penting dalam usaha memperkenalkan penyelesaian pembiayaan yang direka khusus untuk memperluas akses kepada pembeli dan pengedar kereta yang kurang mendapat perkhidmatan pembiayaan kenderaan di Malaysia. Di dalam perjanjian ini, JACCS akan memegang saham sebanyak 49% dalam CARSOME Capital, manakala CARSOME mengekalkan pemilikan majoriti sebanyak 51%.

(kedua dari kanan) Encik Eric Cheng, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME, dan (kedua dari kiri) Encik Ryo Murakami dari JACCS bertukar cenderamata kenang-kenangan di atas pentas, menandakan pemeteraian kerjasama strategik dan melambangkan kolaborasi antara kedua-dua organisasi. Turut menyaksikan ialah Yang Berbahagia Shikata Noriyuki, Duta Jepun ke Malaysia (kiri) dan YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (kanan).

“Kerjasama bersama JACCS ini merupakan satu langkah penting dalam usaha kami memperluas akses kepada pembiayaan automotif di Malaysia,” kata Eric Cheng, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME. “Kami melihat potensi besar untuk memperkukuhkan lagi kemudahan pembiayaan menerusi penyelesaian yang lebih tersusun dan telus, demi memenuhi keperluan seluruh lapisan masyarakat yang selama ini kurang mendapat perhatian dalam sistem kewangan sedia ada. Dengan gabungan kepakaran kewangan JACCS dan kekuatan ekosistem CARSOME, kami komited untuk menyediakan pengalaman pemilikan kenderaan yang lebih mudah diakses, berpatutan dan dipercayai.”

Pemeteraian kerjasama ini juga menggambarkan keyakinan yang semakin berkembang dari institusi kewangan terkemuka terhadap model perniagaan CARSOME. Setelah mencapai keuntungan EBITDA penuh pada tahun 2024, kerjasama ini mencerminkan bagaimana kemajuan yang mantap dalam memperkukuh kekuatan asas ekonomi dan asas operasi telah membuka peluang untuk kerjasama yang lebih mendalam — dibina atas komitmen bersama untuk pertumbuhan jangka panjang dan inklusif dalam ekosistem automotif serantau.

Tuan Ryo Murakami, Presiden, COO dan Wakil Pengarah JACCS, berkata, “Kami sangat teruja kerana telah menemui rakan kongsi yang begitu berpotensi dan dinamik seperti CARSOME.”

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan CARSOME Capital dalam memacu pertumbuhan perniagaan serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kemakmuran Malaysia. Di masa hadapan, kami berharap dapat menjalin hubungan yang lebih kukuh dan kerjasama yang lebih erat dengan CARSOME, sambil meneroka peluang untuk mengembangkan kehadiran kami ke pasaran baharu bersama,” tambahnya.

(Kedua dari kiri) Encik Ryo Murakami, Presiden, COO dan Pengarah Wakil JACCS, dan (kedua dari kanan) Encik Eric Cheng, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME, semasa majlis menandatangani perjanjian secara digital. Majlis ini disaksikan oleh Yang Berhormat Shikata Noriyuki, Duta Jepun ke Malaysia (paling kiri), dan YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (paling kanan).

Majlis menandatangani perjanjian ini telah disaksikan oleh Yang Berhormat Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, serta Yang Berhormat Tuan Shikata Noriyuki, Duta Besar Jepun ke Malaysia. Turut hadir ialah Yang Berhormat Ng Sze Han, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bagi Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, serta Encik Motohide Okuda, Ketua Pegawai Eksekutif MUFG Malaysia dan Ketua Negara bagi Malaysia.

CARSOME dan JACCS kini bersedia melancarkan rangkaian penyelesaian kewangan yang direka khas — hasil daripada kerjasama erat selama beberapa bulan dalam menyelaraskan sistem, tadbir urus, dan rangka kerja pengurusan risiko. Inisiatif ini direka khas untuk memenuhi keperluan pasaran kereta terpakai yang terus berkembang di Malaysia, terutamanya bagi pembeli dan pengedar yang sukar mendapat pembiayaan daripada institusi kewangan tradisional.

Antara inisiatif utama: 

  • Sistem kelulusan dan pemprosesan pinjaman yang dipermudahkan, meningkatkan kecekapan untuk penjual dan pelanggan yang mencari penyelesaian pembiayaan dengan lebih mudah.

  • Struktur pembiayaan baharu untuk pembelian inventori borong, yang memberi lebih fleksibiliti dan aliran tunai kepada Pengedar Kereta Terpakai.

  • Model penilaian kredit yang dipertingkatkan, dibangunkan berdasarkan kepakaran JACCS dalam kewangan pengguna dan sokongan kukuh daripada ekosistem data automotif CARSOME.

Ditubuhkan pada tahun 2018, CARSOME Capital telah mengeluarkan lebih RM1 bilion dalam pembiayaan automotif, membolehkan hampir 45,000 transaksi dilakukan. Dengan kehadiran JACCS, cabang pembiayaan ini akan mempercepatkan inovasi produk, memperbaiki pengurusan risiko, dan menyokong pengembangan serantau, dengan Malaysia sebagai pusat inovasi utama.

(K-K) Encik Motohide Okuda (CEO dan Ketua Negara MUFG Malaysia), Encik Akihito Suehiro (Pengarah dan Pegawai Eksekutif Pengurusan, JACCS), Tuan Berhormat Shikata Noriyuki (Duta Jepun ke Malaysia), Encik Ryo Murakami (Presiden, COO dan Pengarah Wakil, JACCS), Encik Eric Cheng (Pengasas Bersama, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, CARSOME), YB Tuan Liew Chin Tong (Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia), YB Ng Sze Han (EXCO Selangor bagi Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti), Encik Teoh Jiun Ee (Pengasas Bersama CARSOME dan CEO CARSOME Academy), dan Encik Faizal Mohd Yusof (Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Industri, MITI) berkumpul di atas pentas untuk foto berkumpulan terakhir bagi memperingati kejayaan majlis menandatangani perjanjian tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.carsome.com.



###

Next
Next

Press Release: CARSOME and JACCS Seal Partnership to Accelerate Accessible Auto Financing in Malaysia