CARSOME Memperluas Penawaran ke Segmen Kereta Terpakai Premium menerusi Pelancaran CARSOME Premium

CARSOME Premium menawarkan pilihan kenderaan terpakai premium yang dipilih khas, harga kompetitif serta manfaat pemilikan tambahan untuk memberikan lebih ketenangan minda kepada pembeli 

CARSOME secara rasmi memperkenalkan CARSOME Premium, sekali gus meluaskan portfolio Kumpulan ke dalam segmen kereta terpakai premium.

Kuala Lumpur, 23 November 2026 – CARSOME, platform e-dagang automotif bersepadu terkemuka di Asia Tenggara, telah melancarkan CARSOME Premium, kategori baharu kenderaan terpakai yang diperakui. Pelancaran ini bertujuan menjadikan pemilikan kereta premium lebih mudah diakses menerusi harga yang kompetitif, standard pemeriksaan kenderaan yang ketat serta perlindungan pemilikan yang dipertingkatkan.

Pelancaran ini turut memperluaskan portfolio kenderaan sedia ada CARSOME yang merangkumi CARSOME Certified dan CARSOME Value Plus, sekali gus memberikan pengguna lebih banyak pilihan mengikut  cita rasa, bajet dan keperluan pemilikan masing-masing.

Aaron Kee, Ketua Pegawai Perniagaan, berinteraksi bersama pihak media semasa acara pelancaran CARSOME Premium, membincangkan permintaan yang semakin meningkat dalam segmen kereta terpakai premium serta komitmen CARSOME untuk memberikan pengalaman pemilikan yang telus dan boleh dipercayai.

Segmen kereta terpakai premium membuka peluang untuk memenuhi keperluan pembeli yang ingin menaik taraf kenderaan mereka, dengan mengambil kira  aspirasi gaya hidup serta  pertimbangan praktikal. Sejarah dan keadaan kenderaan, selain  kos pemilikan jangka panjang, kekal sebagai antara faktor utama dalam membuat keputusan pembelian, khususnya bagi kenderaan bernilai tinggi.

“Pemilikan kereta premium seharusnya menawarkan lebih daripada sekadar jenama. Pelanggan juga mahukan keyakinan terhadap keadaan kenderaan serta jaminan yang berterusan selepas pembelian. Menerusi CARSOME Premium, kami memperkukuh komitmen untuk menawarkan  pengalaman pemilikan kereta yang telus dan boleh dipercayai, di samping menjadikan kenderaan premium lebih mudah dimiliki oleh lebih ramai pembeli ,” kata Eric Cheng, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME.

Shawn Tan, Pengarah, Ketua Perniagaan B2C di CARSOME, menerangkan kepada para tetamu mengenai piawaian kualiti yang ketat serta manfaat pemilikan yang dipertingkatkan, yang direka untuk memberikan ketenangan fikiran yang lebih tinggi kepada pembeli CARSOME Premium.

Setiap kenderaan CARSOME Premium dilengkapi lima manfaat utama:

  1. Jaminan Pemulangan Wang dalam Tempoh 100 Hari
    Pembeli boleh memulangkan kenderaan  dalam tempoh 100 hari atau 3,000km, dengan jaminan bahawa kenderaan bebas daripada kerosakan akibat banjir  kebakaran, atau  kemalangan besar serta manipulasi bacaan perbatuan.

  2. Waranti sehingga 5 Tahun
    Menawarkan perlindungan waranti sehingga lima tahun secara keseluruhan , merangkumi baki waranti pengeluar yang masih berkuat kuasa serta lanjutan waranti CARSOME sehingga dua tahun, tertakluk kepada terma dan syarat waranti yang berkenaan.

  3. Tawaran Jualan Balik Terjamin
    Pelanggan boleh menikmati tawaran jualan balik sehingga RM10,000 melebihi harga tawaran standard CARSOME apabila menjual semula atau menaik taraf kenderaan dalam tempoh tiga tahun pertama pemilikan, tertakluk kepada terma dan syarat yang berkenaan.

  4. 365 Premium Care+
    Merangkumi kredit servis bernilai RM3,000 untuk tahun pertama pemilikan, yang boleh ditebus bagi pembelian aksesori terpilih, produk dan perkhidmatan selepas jualan serta penyelenggaraan di Pusat Servis Sah CARSOME.

  5. Pemeriksaan 175 Titik dan Komponen Elektronik
    Setiap kenderaan menjalani pemeriksaan menyeluruh merangkumi sistem mekanikal, ciri keselamatan dan komponen elektronik sebelum melalui proses baik pulih.

Kategori baharu ini menampilkan pilihan jenama kenderaan premium yang menjadi pilihan ramai , termasuk BMW dan Mercedes-Benz, dengan dengan lebih banyak jenama dijangka ditawarkan pada masa hadapan. 

Pasukan CARSOME meraikan pelancaran rasmi CARSOME Premium, menandakan pencapaian baharu dalam memajukan cita-citanya untuk menjadikan pemilikan kereta lebih mudah diakses, telus, dan dipercayai di seluruh Asia Tenggara.

Pengenalan CARSOME Premium memperluaskan portfolio kenderaan Kumpulan dan  mengukuhkan penawaran CARSOME dalam segmen kereta terpakai premium  bagi memenuhi keperluan pelanggan pada pelbagai peringkat pemilikan kenderaan. Dengan menawarkan lebih banyak pilihan kereta, standard kualiti yang menyeluruh serta manfaat pemilikan tambahan,  CARSOME terus berusaha menjadikan pemilikan kereta lebih mudah diakses, telus dan dipercayai.

Sempena pelancaran ini, pelanggan boleh menikmati harga promosi eksklusif serta kadar pembiayaan yang kompetitif melalui Maybank dan Affin Bank apabila membeli kenderaan CARSOME Premium. Kenderaan terpilih yang dikeluarkan antara tahun 2023 hingga 2025 turut menawarkan tempoh pembiayaan sehingga sembilan tahun. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CARSOME Premium, layari www.carsome.my.

Next
Next

CARSOME Expands into Premium Pre-Owned Segment with Launch of CARSOME Premium