CARSOME Academy Lancar Pusat Latihan Baharu untuk Melahirkan Bakat Automotif Masa Depan

Pelancaran Pusat Latihan CARSOME Academy pada 21 Julai 2026 menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha CARSOME Academy membangunkan lebih ramai tenaga kerja mahir bagi industri automotif di Malaysia. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Co-founder & Carsome Academy CEO, Teoh Jiun Ee, bersama Associate Director, CARSOME Academy, Kendo Ho, Chief People Officer CARSOME, Mohd Afifi bin Zahari, Regional Head of Marketing CARSOME, Lynn Dhia serta Head Trainer for TVET CARSOME Academy, Mohd Nizam bin Mahat.

Lebih daripada sekadar sebuah pusat latihan, fasiliti baharu ini mencerminkan usaha CARSOME Academy dalam membina ekosistem pembangunan bakat yang menyeluruh. Ia menghubungkan pembelajaran, latihan praktikal, peluang kerjaya dan keperluan industri di bawah satu bumbung. Direka khas untuk pelajar dan golongan profesional, pusat latihan ini menyediakan persekitaran pembelajaran yang menggabungkan ilmu teori dengan pengalaman sebenar bagi melahirkan tenaga kerja yang bersedia memenuhi keperluan industri automotif negara.

Program TVET yang Menepati Keperluan Industri

CARSOME Academy menawarkan pelbagai program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dibangunkan berdasarkan keperluan sebenar industri automotif. Setiap program memberi penekanan kepada kemahiran praktikal, pengetahuan teknikal dan pengalaman pembelajaran yang relevan untuk membantu pelajar bersedia memasuki dunia pekerjaan.

Program yang ditawarkan termasuk:

  • Sijil Teknologi Automotif Aftersales (9 bulan)

  • Sijil Teknologi Automotif Aftersales & Pemeriksaan Kenderaan (21 bulan)

  • Sijil Pemeriksaan Kenderaan Bermotor (13 bulan)

  • Sijil Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat (15 bulan)

  • Sijil Perunding Jualan Profesional (13 bulan) (bakal dilancarkan) 

Program-program ini direka bersama input daripada pakar industri serta disokong oleh pengalaman CARSOME dalam ekosistem automotif. Pelajar bukan sahaja mempelajari asas teori, malah didedahkan kepada kemahiran yang boleh terus digunakan dalam situasi kerja sebenar.

Bagi individu yang ingin memasuki alam pekerjaan dengan lebih cepat, CARSOME Academy menawarkan program fast-track yang boleh diselesaikan dalam tempoh sembilan bulan. Pendekatan ini membolehkan pelajar memperoleh kemahiran yang relevan, menamatkan latihan lebih awal dan terus memulakan kerjaya, tanpa perlu menunggu bertahun-tahun untuk memasuki industri.

Pusat Latihan dengan Pembelajaran Secara Praktikal

Pusat Latihan CARSOME Academy direka untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang menggabungkan teori dan latihan praktikal dalam satu persekitaran yang menyeluruh.

Di sini, pelajar bukan sahaja mempelajari asas teknikal di dalam kelas, malah berpeluang mengaplikasikan pengetahuan tersebut melalui latihan amali yang berasaskan situasi kerja sebenar bersama tenaga pengajar yang berpengalaman dalam industri. Pendekatan ini membantu pelajar membina keyakinan serta menguasai kemahiran yang diperlukan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Kemudahan yang disediakan turut menyokong pembelajaran secara praktikal bagi memastikan setiap pelajar mendapat pengalaman yang lebih dekat dengan suasana kerja sebenar.

Lebih Daripada Sebuah Pusat Latihan

CARSOME Academy bukan sekadar menawarkan program TVET, malah membina ekosistem pembangunan bakat yang menghubungkan pembelajaran, pembangunan kemahiran dan peluang kerjaya.

Selain program sepenuh masa, CARSOME Academy turut menyediakan kursus jangka pendek serta latihan korporat untuk individu dan organisasi yang ingin meningkatkan kemahiran tenaga kerja. Antara modul yang ditawarkan termasuk Leadership, New Manager's Toolkit, Negotiation Power Play, Sales Navigator dan Car Care 101.

CARSOME Academy juga menyediakan perkhidmatan MV15 dan pusat pemeriksaan kenderaan khusus bagi menyokong pembangunan kemahiran dalam bidang pemeriksaan kenderaan. Bagi membantu graduan memulakan kerjaya, platform padanan pekerjaan turut disediakan untuk menghubungkan mereka dengan rakan industri dan peluang pekerjaan dalam ekosistem CARSOME.

Daripada Pembelajaran ke Penempatan Pekerjaan

CARSOME Academy percaya bahawa pendidikan berkualiti perlu mudah diakses dan mampu memberi peluang kepada lebih ramai individu untuk membina masa depan yang lebih baik.

Bagi menyokong perjalanan pembelajaran pelajar, CARSOME Academy menyediakan bantuan seperti elaun bulanan serta pilihan pembayaran yang fleksibel untuk membantu mengurangkan beban kewangan.

Sokongan juga diteruskan selepas tamat pengajian melalui platform padanan pekerjaan yang menghubungkan graduan bertauliah dengan rakan industri yang memerlukan tenaga kerja mahir. Ini membantu pelajar beralih daripada alam pembelajaran kepada alam pekerjaan dengan lebih lancar, termasuk peluang dalam ekosistem CARSOME.

Membangunkan Bakat untuk Industri Automotif Malaysia

Pelancaran Pusat Latihan CARSOME Academy membuktikan komitmen jangka panjang CARSOME dalam membangunkan bakat tempatan serta memperkukuh industri automotif negara.

Dengan menggabungkan program TVET yang diiktiraf, latihan berasaskan industri, kursus peningkatan kemahiran serta peluang penempatan pekerjaan, pusat latihan baharu ini menyediakan laluan pembelajaran yang lebih menyeluruh untuk bakal tenaga kerja dalam industri automotif.

Seiring dengan peningkatan permintaan terhadap tenaga kerja mahir, CARSOME Academy akan terus memainkan peranan dalam melahirkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan bersedia membina kerjaya dalam industri automotif.

Mulakan perjalanan anda ke arah kerjaya dalam industri automotif bersama CARSOME Academy. Untuk maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan dan pendaftaran, layari laman web rasmi CARSOME Academy. 



Tertakluk kepada Terma dan Syarat.

Next
Next

CARSOME Indonesia Buka Empat Lokasi Baru untuk Memperkuat Eksistensinya di Jabodetabek